Video Kesalahan Di Hari Raya
11:46 - 0 comments

Kesalahan di hari raya

SELAMAT MENONTON

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 15
11:11 - 1 comments

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 15



NEXT: >> EPISOD 16
PREVIOUS: >> EPISOD 14

Tutorial letak cursor dalam blog
10:40 - 2 comments

tutorial letak cursor dalam blog
Gambar hiasan*
Tutorial letak cursor dalam blog
I thought ramai yang dah tahu pasal tuto ni,tapi adam sesaje je nak update,sebab i think,masih ada lagi sebahagian orang yang belum tahu pasal ni,so,let's go!
  1. First,macam biasa from dashboard,blogger, > Layout > Add a gadget > HTML/Javascript
  2. Copy code di bawah ni dan paste di bahagian HTML tadi:
<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(URL CURSOR), progress;}</style>
p/s: gantikan text yang adam merahkan tu dengan URL cursor yang korang nak,kat bawah ada freebies,boleh pilih mana berkenan:

SELAMAT MENCUBA! ^^v

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 14
23:54 - 2 comments

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 14


NEXT: >> EPISOD 15
PREVIOUS: >> EPISOD 13

Resepi Rendang Ayam
11:00 - 3 comments

Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahan (5-6 orang)
  1. 5-6 ketul ayam
  2. 8 ulas bawang merah
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 1/2 inci halia
  5. 1/2 inci lengkuas
  6. 1/2 inci kunyit hidup
  7. 7 biji cili padi
  8. 3-4 batang serai – dititik
  9. 1 sudu besar cili kisar
  10. 1 sudu besar kerisik
  11. 2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
  12. 1 sudu besar gula Melaka
  13. 1 mangkuk santan
  14. 5 helai daun kunyit
  15. 5 helai daun limau purut
  16. Garam dan gula

Cara-cara
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
  3. Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam.
  4. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
  5. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.

Resepi Biskut Batang Buruk
09:30 - 5 comments

Resepi Biskut Batang Buruk

Bahan-bahan:
  1. 600 gram tepung gandum
  2. 300 gram tepung beras
  3. 1 biji santan kelapa
  4. 600 gram kacang hijau
  5. 400 gram gula (kisar)
  6. 3 biji telur
  7. Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
  1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
  2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
  3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
  4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.
  5. Potong kecil dan goreng.
  6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.


Selamat mencuba.


Resepi Kek Marble Cheese
08:30 - 6 comments

Resepi Kek Marble Cheese

Bahan A
  • 185gm butter
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 biji telur 

*1/3 cawan susu fresh ditambah sbb adunan agak pekat ~
( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist)

Bahan B
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 cwn fresh milk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
  3. Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan esen hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli dengan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter. Kemudian lorekkan menggunakan lidi untuk hasilkan marble.
  5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong sebab kek ni agak lembab (moist).
sumber: cik ruby

Resepi Biskut Almond London
13:37 - 4 comments

Resepi Biskut Almond London
Bahan-bahan:
  • 250gm mentega
  • 100gm gula kaster 
  • 50gm nestum(kalau nak kisar boleh, tak kisar pun ok)
  • 100gm tepung jagung
  • 200gm tepung gandum(secukupnya)
  • Kacang badam secukupnya (dipanggang)
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • Almond nib secukupnya sbg hiasan
  • Coklat masakan
  • Papercup

Cara2 membuatnya:
  1. Putar mentega dgn gula hingga sebati
  2. Masukkan nestum dan putar(sekejap shj) hingga adunan sebatii
  3. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut
  5. Rehatkan dlm 15 minit & ditudung dgn kitchen towel yang lembap
  6. Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan samada bulat atau bujur.
  7. Bakar pada suhu 170 dlm 20 - 25 minit

Untuk salutan coklat:
Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boiling. Bila coklat dah cair, celupkan biskut menggunakan penyepit dan masukkan terus dlm papercup dan tabur sedikit almond nib diatasnya.
Buat hingga habis dan biarkan coklat beku, baru dimasukkan dlm container kedap udara.

* Hiasan atasnya letak coklat putih.

Tutorial Daftar Churp-churp
10:00 - 5 comments

churp-churp

Earning churp-churp aku selama dua bulan,wee.Jom daftar churp-churp sekarang!

Tutorial Daftar Churp-churp
  1. Pertama sekali , korang KLIK SINI  untuk daftar 
  2. Sign in With Facebook > Log in > Allow
  3. Authorize With Facebook > Authorize With Twitter (jika ada) Jika tiada > Skip
  4. Setup Your Churp-Churp Account (Isi semuanya secara detail dan betul!)
  5. Tekan UPDATE !
  6. Lepas tekan Update , tekan pula bahagian SETTINGS
  7. Isi profile dengan betul . (Nama penuh , Alamat , No Tel)* Penting untuk Hantar Cheque*
  8. Then , SAVE ! Lepas tu pergi dekat SURVEY pulak . (Tick mana korang suka) . SAVE .
  9. Pergi dekat Rewards . (Untuk copy kempen/iklan untuk masukkan ke dalam blog !)
Cara copy/masukkan  link iklan Churp-churp
*klik gambar untuk tumbesaran*
First step,korang klik button rewards kat belah kiri korang,rujuk gambar kat atas ^^

Next,pilih iklan yang korang nak and then klik button earn more macam gambar kat atas,kekadang dia ada tulis share now .

Scroll sampai bawah,and korang akan jumpa benda macam kat gambar atas,copy link iklan korang macam yang adam kotakkan merah kat gambar,next,boleh masukkan ke dalam blog and suh kekawan klik iklan korang ^_^

P/s: Tak paham? komen dekat bawah,sekian.







Resepi Biskut Tart Nenas Gulung
17:10 - 3 comments




resepi tart nenas
Resepi Biskut Tart Nenas Gulung


Tart Nenas Gulung ( untuk 180 biji tart )
Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum Cap Sauh
  • 600 g mentega
  • 4 kuning telur
  • 1 putih telur
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 40g serbuk badam
  • 15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu)
  • Sapuan:
  • 1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati

Cara membuat:
  1. Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm mangkuk kecil, pukul sket.
  2. Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula, tepung dan serbuk badam hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
  3. Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven) 
Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut.

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 13
10:10 - 1 comments

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 13

NEXT: >> EPISOD 14
PREVIOUS: >> EPISOD 12

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 12
10:05 - 0 comments

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 12

NEXT: >> EPISOD 13
PREVIOUS: >> EPISOD 11

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 11
18:52 - 3 comments

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 11

NEXT: >> EPISOD 12
PREVIOUS: >> EPISOD 10

Takziah, Ainan Tasneem Kemalangan Jalanraya
19:25 - 4 comments




Penyanyi yang popular di Youtube, Ainan Tasneem telah mengalami kemalangan di lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) pada jam 2.30 petang semalam.

Ketika kemalangan berlaku, Ainan dan rakannya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.
Kejadian semalam di lebuhraya NPE. 21 Julai around 2.30 pm. Alhamdulillah…. Nothing happen to me and my bestfriend.
Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat impact yang terlalu kuat.We were on our way to Bandar Tasik Selatan.
Bertembung dengan kereta belakang yang nak ke kanan waktu kita orang nak masuk ke simpang kiri. Kereta dua-dua dalam keadaan yang sangat laju.
Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar. Alhamdulillah tayar kereta terkeluar dari tempat tayar so besi tu tersekat dekat longkang.Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah tu je.Nauzubillah. Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa untuk kami bernafas…
To people out there, please.. Drive safely. Sayangi nyawa anda. Ainan trauma kejap :( Sampai sekarang masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Tq Allah for giving us chance to live.

P/s:Takziah diucapkan kepada Ainan dan diharapkan agar penyanyi ini akan cepat sembuh.

Harga Rokok naik RM16 Sekotak
11:30 - 2 comments



Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) mencadangkan kerajaan menaikkan cukai eksais rokok sekurang-kurangnya 50% bagi mencapai sasaran mengurangkan penggunaan rokok sebanyak 20% di negara ini.

Kenaikan cukai eksais rokok sebanyak 50% akan menjadikan harga rokok sekotak melonjak kepada RM16 berbanding RM10.50.

Menurut ahli Majlis MCTC, Dr Norashidah Mohamed Nor, kenaikan sebanyak 10% cukai eksais rokok pada tahun lalu hanya mengurangkan 4% penghisap rokok dan beliau percaya dengan kenaikan sebanyak 50% cukai eksais rokok akan mengurangkan sehingga 20% penghisap rokok.


Read more: http://amry85.blogspot.com/2013/07/harga-rokok-naik-rm16-sekotak.html

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 15
11:15 - 1 comments

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 15

NEXT: >> EPISOD 16
PREVIOUS: >> EPISOD 14

Tonton Autumn Di hatiku Episod 16
11:00 - 0 comments

Tonton Autumn Di hatiku Episod 16

NEXT: >> EPISOD 17
PREVIOUS: >> EPISOD 15

Resepi Karipap Bakar
09:30 - 1 comments

Resepi Karipap Bakar

Bahan-bahan 
  • Bahan untuk kulit
  • Tepung gandum
  • Minyak masak ( panaskan terlebih dahulu )
  • Sedikit air
  • Bahan untuk intinya
  • Kentang di potong dadu dan di rebus dahulu
  • Daging ayam
  • Bawang merah - di kisar
  • Bawang putih - dikisar
  • Bawang besar - dikisar
  • Serbuk kari ayam
  • Garam, perasa & gula
  • Cili kering - dikisar

Cara-cara

Untuk Kulitnya :-
  • MAsukkan tepung dan minyak masak. Gaul rata buat seperti crumble.
  • MAsukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga tepung tak melekat di tangan

Untuk Intinya :-
  • Tumiskan semua bahan yang telah dikisar
  • Masukkan daging ayam.
  • Bila daging ayam sudah masak..masukkan serbuk kari tadi. Masak hingga terbit minyak.
  • Masukkan kentang dan gaul rata. MAsukkan garam, perasa dan gula. Tunggu hingga air kering bolehlah ditutup api. Biarkan sejuk.
  • Canai kulit karipap. Potong tepinya buat seperti segiempat panjang.
  • Masukkan inti karipap.
  • Tutup inti tersebut dgn menggunakan adunan yg telah di canai. Tekankan bahagian tepinya dgn menggunakan garpu.
  • Cucuk bahagian atas dengan garpu dan di sapu dgn kuning telur.
  • Masukkan dlm oven yang telah di panaskan dgn suhu 190’C sehingga masak

Resepi Kek Batik
08:30 - 2 comments

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan 
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1 paket biskut marie

Cara-cara
  • pukul telur mentega sehingga kembang
  • sementara menunggu mentega kembang, masak milo, gula bersama air sehingga gula hancur
  • kemudian, campurkan mentega yang sudah dipukul tadi ke dalam milo tadi dan biarkan masak seketika
  • pecah biskut marie dan masukkan ke dalam periuk. padamkan api dapur dan kacau sebati
  • masukkan ke dalam loyang yang disapukan dengan mentega. tekan dan padatkan adunan. biarkan sejuk. sedia untuk dihidangkan

Resepi Ikan Masam Manis
15:55 - 1 comments


Resepi Ikan Masam Manis

Bahan-bahan ( 3-5 orang )
  • 1 ekor ikan kerapu / ikan bawal
  • 1/2 batang timun dibuang biji
  • 4 keping nenas dipotong panjang
  • 2 biji tomato
  • 3 biji bawang putih
  • 5 sudu makan cili kering / cili boh
  • 6 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu sos ikan
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 bji bawang besar
  • 1 tangkai

Cara-cara
  • Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  • Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata
  • Biar sehingga masak, padam api dapur
  • Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan
SELAMAT MENCUBA! ^^V

Anak 3 Tahun Maut Dalam Kereta Setelah Ditinggalkan Ibu Melebihi 5 Jam
09:41 - 4 comments

Memang sedih!!! info ini sangat penting untuk dijadikan peringatan supaya kita lebih berhati-hati jangan kerana kita nyawa insan tersayang melayang.Kejadian ini berlaku di Subang Jaya.menurut sumber kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.

Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.

Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.Mangsa anak bongsu dari dua beradik dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi awal pagi tadi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

lebih lanjut: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/anak-3-tahun-maut-dalam-kereta-setelah.html

4 Gambar Rumah Mewah Dato' Siti Nurhaliza
14:50 - 2 comments

rumah dato' siti nurhaliza
LOKASI: Bukit Antarabangsa

LOKASI: Kuala Lipis
LOKASI: cameron highlands
LOKASI: CHERAS

CREDIT GAMBAR:

Pasangan Alvin dan Vivian Masuk Penjara dan Dilarang Ikat jamin
12:07 - 1 comments

Pasangan Alvin dan Vivian Masuk Penjara dan Dilarang Ikat jamin



Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.
Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.

Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh dibicarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.

Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.

Pasangan ‘Alvivi’ itu telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO. -Astroawani

Kenapa Alvin-Vivian Tidak DilepaskanDengan Ikat Jamin




Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah pada Khamis kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.

Tan dan Lee dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

“Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka.

“Tindakan untuk mendakwa mereka juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka (Tan dan Lee)” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara juga meminta semua pihak supaya berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini bagi mengelak perbicaraan melalui media.

Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya Lee May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap ketiga-tiga pertuduhan. Mereka tidak dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian – Alvivi’ pada satu pautan yang mengandungi gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)” bersama logo Halal.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah dalam pautan tumblr.com dan tuduhan ketiga memuat naik di Facebook gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan. –BERNAMA

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 10
14:23 - 0 comments

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 10

NEXT: >> EPISOD 11
PREVIOUS: >> EPISOD 9

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 9
14:17 - 0 comments

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 9


NEXT: >> EPISOD 10
PREVIOUS: >> EPISOD 8

Ashraf Muslim Telah Bernikah Dengan Sakinah Di Thailand
16:35 - 0 comments



Ashraf Muslim sebenarnya telah pun bernikah buat kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.


sumber- beutifulnara
 

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 8
00:00 - 0 comments

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 8

NEXT: >> EPISOD 9
PREVIOUS: >> EPISOD 7

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 7
23:55 - 0 comments

Tonton Ramadan Yang Hilang Episod 7


NEXT: >> EPISOD 8
PREVIOUS: >> EPISOD 6

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 14
23:45 - 0 comments

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 14

NEXT: >> EPISOD 15
PREVIOUS: >> EPISOD 13

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 13
23:40 - 0 comments

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 13


NEXT: >> EPISOD 14
PREVIOUS: >> EPISOD 12

Lirik Lagu Seperti Dia - (OST Ramadan Yang Hilang)
16:36 - 2 comments

Lirik Lagu Seperti Dia - (OST Ramadan Yang Hilang)


Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku... buktikan padamu

Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua
Untukku... buktikan semua

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 12
20:19 - 0 comments

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 12

NEXT: >> EPISOD 13
PREVIOUS:>> EPISOD 11

Resepi Roti John
10:30 - 5 comments

Resepi Roti John

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Roti (ikut suka) - roti hotdog
  • Daging cincang - dlm 3 sudu
  • Bawang besar - dicincang
  • Serbuk kari - 1 @ 2 sudu (ikut suka)
  • Telur - 4 biji
  • Garam
  • Kobis - disagat
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara-cara
  • Tumis bawang yg dicincang hingga wangi
  • Masukkan serbuk kari dan kacau lagi hingga wangi jugak
  • Masukkan daging cincang yang telah dibersihkan dan ditos
  • Masukkan garam
  • Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi telur - kacau hingga sebati
  • Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak
  • Masukkan bahan tadi ke dalam kuali dan ratakan
  • Belah roti dan letakkan di atas bahan tadi - dalam kuali
  • Keluarkan dan masukkan kobis yang telah disagat ke dalam roti.Kemudian letak sos dan mayonis - hidang

Resepi Onde-onde (buah melaka)
08:30 - 1 comments

Resepi Onde-onde (buah melaka)

Bahan-bahan ( 30 biji )
  • 1/2 peket tepung pulut (250g)
  • 7 helai daun pandan (saiz sederhana)
  • 1/2 camca besar tepung gandum
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit garam
  • Air
  • Gula Melaka (potong kecil2)
  • Kelapa muda (parut)

Cara-cara
  • Gaulkan tepung pulut, tepung gandum & sedikit garam.
  • Daun pandan dipotong kecil2 dan dikisar dgn sedikit air.
  • Tapis air daun pandan tadi, campurkan beberapa titik pewarna hijau & tuang sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung hingga menjadi doh.
  • Ambil doh (ikut saiz kegemaran anda) bentukkan bulat2 & masukkan inti (gula melaka) di tengah.
  • Rebuskan di dalam air mendidih. Bila kuih timbul di permukaan itu menandakan kuih sudah masak.
  • Golekkan ke atas kelapa muda yang telah digaulkan dgn sedikit garam sewaktu masih panas & boleh lah dihidangkan.
  • Selamat Mencuba =)

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 11
12:00 - 0 comments

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 11


NEXT: >> EPISOD 12
PREVIOUS: >> EPISOD 10

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 10
11:56 - 0 comments

Tonton Autumn Di Hatiku Episod 10


NEXT: >> EPISOD 11
PREVIOUS:>> EPISOD 9

Resepi Makaroni Bakar
15:44 - 7 comments

Resepi Makaroni Bakar
Bahan-bahan
  • 250g macaroni (setengah bungkus)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 paket sedang daging kisar (boleh juga letak daging rebus dan dipotong kecil2.)
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong kecil2
  • 3 sudu minyak untuk menumis
  • garam dan serbuk perasa
  • sedikit lada sulah
  • untuk topping: sos cili, sos tomato mayonis dan keju mozarella yg diparut.

Cara-cara
  • rebus macaroni sehingga empuk basuh dan toskan
  • tumis bawang besar dan bawang putih
  • masukkan daging biar seketika hingga daging masak
  • masukkan macaroni yg direbus tadi
  • masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah
  • goreng seketika dan tutup api
  • setelah api ditutup barulah masukkan telur.. goreng lagi hingga semua bercampur
  • sapu loyang dengan majerin dan tuang semua macaroni tadi ke dlm loyang.
  • tabur keju hingga menutupi macaroni kemudia picit sos cili dan sos tomato serta mayonis diatasnya
  • bakar dengan suhu 130' selama hampir sejam
  • setelah masak biarkan sejuk sedikit br dipotong.(kalau porong masa terlalu panas nanti ia bercerai.)
SELAMAT MENCUBA ^^V