10 Alasan lelaki takut kahwin
16:00 - 3 comments

Alasan lelaki takut kahwin

1. Bertanggapan bahawa komitmen jangka panjang (perkahwinan) akan menjejaskan hubungan mereka dengan orang lain.

2. Tidak akan lagi dapat menjadi bebas seperti zaman bujang. Bimbang segala aktiviti mereka akan dipantau oleh isteri.

3. Bercerai! Merupakan perkara yang paling ditakuti oleh lelaki

4. Trauma - Kesan/impak daripada pengalaman masa lampau mereka, seperti pernah berlaku perceraian antara ibu bapa dan anak anak mengalami kemurungan (depression), ataupun melihat konflik atau kegagalan rumahtangga orang-orang lain yang terdekat dgn mereka.

5. Bimbang dan takut apabila sudah berkahwin, mereka akan jatuh cinta lagi dengan perempuan lain.

6. Malas dan takut untuk memimpin rumahtangga, menguruskan urusan dalam rumahtangga seperti perbelanjaan, anak anak, dan sebagainya.

7. Bosan! Mereka beranggapan bahawa berkahwin akan menyebabkan mereka perlu melakukan rutin hidup yg sama setiap hari.

8. Bertanggapan bahawa apabila berkahwin, mereka perlu berkompromi dgn isteri. Dan ini pada tanggapan mereka sedikit demi sedikit akan melunturkan kuasa dan kebebasan mereka.

9. Masih belum bersedia untuk meninggalkan segala keseronokan hidup bersama teman-teman.

10. Tidak mempunyai naluri kebapaan, iaitu tidak mempunyai perasaan dan keinginan untuk memperolehi zuriat sendiri.

Kaedah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam
14:00 - 1 comments

Baby islam comel

Kaedah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam


Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50 :
“Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya :

Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah. Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama’ iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”

Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.

Hendaklah ditahnikkan bayi itu.
Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).

Mencukur rambut bayi.
Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”

Melakukan akikah iaitu anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” 

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam
12:04 - 3 comments

image wanita arab cun comel dan ayu
Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua untuk awet muda cara islam. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.



Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


  1. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

  2. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

  3. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

  4. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

  5. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. 

  6. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. 

  7. Amalkan solat tahajud. 

  8. Sentiasa tenang dan bersikap positif. 

  9. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

  10. Maafkan semua orang sebelum tidur.

WAJIB BACA,jika anda seorang KPOPPER: Taubat Seorang Fanatik KPOP
08:30 - 13 comments

perempuan Kpop

ASSALAMULAIKUM

Taubat Seorang Fanatik Kpop-Versi Novel (True Story)

Kpop?Gila basi dah kan isu ni.Ada yang dekat luar tu dah meluat gila sebenarnya.Bukan isu pembedahan plastik atau kepura-puraan yang saya ingin sampaikan.Tak semua begitu.
Jika anda menghukum semua mereka yang kacak lagi cantik itu membuat pembedahan plastik,adakah anda tak percaya dengan Allah sebaik-baik Pencipta?

Saya,peminat muzik yang melibatkan mereka yang berwajah kacak lagi cantik ni sejak 2008.Tetapi maaf,sekarang saya dah tak jumpa dimana relevannya saya terus tegar meminati genre ini.
Tulisan saya ini mengarah kepada kelompok yang spesifik iaitu peminat tegar Kpop.Jika anda peminat tegar mohon teruskan membaca.Jika bukan,mohon juga.Walaupun anda peminat Justin Bieber,One Direction,Demi Lovato,The Vamps sekalipun..saya mohon anda teruskan membaca.Kerana saya tujukan kepada anda juga dan yang utama semestinya diri saya juga.

Kenapa saya kata saya mengarah kepada peminat Kpop pada mulanya?Sebab saya pernah berada dalam kelompok ini.Nah,peduli apa kan?Anda harus peduli kerana perkara yang akan saya nyatakan dibawah ini mungkin akan menyentap hati anda dan anda akan melenting.Sekali lagi saya ingatkan saya mengarah kepada kelompok yang meminati Kpop ini kerana saya pernah berada dalam kalangan anda semua.Selama 5 tahun.Dari saya memasuki alam sekolah menengah sehingga saya menunggu tawaran masuk ke Universiti.Nampak tak berapa lama saya dibrainwash dengan genre ini?Hidup dalam memuji manusia lebih daripada Pencipta sendiri.

Saya mohon anda buka mata.Baca dengan tenang dahulu dan melenting kemudian.

Sekali lagi saya ingin menekankan saya tak tujukan kepada semua,hanya segelintir sahaja dan bukan niat saya untuk mengutuk peminat Kpop diluar sana dan membuka pekung fandom ini.

“Eh minah ni asal tak kutuk peminat bola yang tegar yang bertumbuk di stadium,si Hipster mahupun mereka yang gemar mengumpul barang antik tu?Obses jugak tu..”
Perlu ke saya ulang lagi saya tujukan kepada peminat Kpop kerana saya pernah berada dalam kelompok ini.Cukup dah kot saya menjelaskan perkara yang satu ini.
Kenapa saya menyatakan bahawa saya tak jumpa di mana relevan perkara ini?

Maaf jika menyinggung tetapi cuba anda buka kembali History di enjin pencarian anda.Berapa banyak isu ummah yang anda googlekan?Berapa banyak isu Syria mahupun Rohingya yang anda cari?Sirah Rasulullah habis dah baca?Ce sebut sikit tarikh lahir sahabat.Buat list dengan tarikh lahir idola kpop yang anda tahu,tarikh debut ke..tarikh comeback stage mahupun award pertama mereka.Mana banyak?Kalau sahabat yang banyak,teruskan meminati atau penuh sahaja dengan post daripada Tumblr mengenai bias anda?Lihat di saja di Twitter berapa banyak kicipan anda mengenai bias anda?Berapa banyak kicipan anda memuja bias.Lebih daripada berselawat kepada Allah dan Rasul rasanya.

Okay boleh la ubah. Daripada “Damn.Bitch.Shit,Wae so hot..Drool!” kepada “MasyaAllah.Bias aku hot.”Sekurangnya ingat Allah kan.
Ek eh.Pandai-pandai je minah ni fitnah kan?

Maaf.Saya bercakap dengan bukti dan pengalaman dari diri sendiri.
Berapa banyak kata kesat anda lemparkan sekiranya orang di luar mengutuk minat anda?Saya tahu ada teguran dan kutukan yang kasar,tak masuk akal seolah sengaja memprovokasi mereka yang meminati Kpop itu.Begitu bersemangat anda mempertahankan minat anda,satu kesetiaan yang bagus tetapi fikirkan berapa musuh yang anda sudah cari dalam kalangan umat Islam sendiri?Semangat yang diperlukan oleh Islam daripada anak muda untuk menentang Wahabi dan Syiah sebenarnya.Bukan menentang sesama agamadisebabkan minat terlampau..Walaupun ada je kutukan yang betul,tapi anda ego.Terlalu ego.

Berapa banyak kali anda bermasam muka dengan rakan anda kerana tidak sama fahaman mengenai kumpulan Kpop ini?
Saya pernah mengalami perkara ini,rakan baik saya meninggalkan saya kerana saya curang dengan kumpulan kegemaran saya sejak lima tahun dahulu.Langsung tidak bertegur sapa sekarang.Dahulu,siapa tak bengang kan.Sekarang saya nampak hikmahnya.Terima kasih banyak-banyak unnie!
Dan saya rasa benda ni benda paling tidak masuk akal saya pernah alami selama saya hidup sembilan belas tahun dalam dunia ni,hanya kerana perbezaan fahaman mengenai kumpulan kegemaran terputus silaturrahim yang dibina.

Anda sedang menonton variety show kegemaran anda di Youtube,lama punya buffer akhirnya siap juga.Okay kalau tak buffer pun..Anda baru dapat hard disk yang baru diisi dengan episode show Korea atau episode dari drama terbaru.Tiba-tiba azan berkumandang.

Mana yang anda kejar dulu?Show yang dah bersedia nak tengok ni ke solat dulu?Tepuk dada tanya iman.Alah,solat ni lama lagi waktunya.Watlek watpeace ah dulu.Ni karang crash pulak page ni.Penat aku buffer.

Oh mak.Orang dah mengaji tunggu azan untuk waktu solat seterusnya.Jom pecut ambil wuduk.Oh oh itu kalau buat kan..ke tinggal je?

Konsert?Saya pernah ke situ,bukan sekali tetapi lebih.Simpan duit bagai nak gila.Tiket bukan seposen woi.Menjerit memanggil nama bias.Cis,ada lelaki Cina kat sebelah tu.Sama naik je bersorak.Azan berkumandang di luar.Berapa ramai yang mampu bangun dari kerusi atau melangkah keluar dari stadium untuk bersolat terlebih dahulu?Atau.. “Alaa solat boleh Qada’..mahal kot aku beli tiket ni.Rugi lah kalau terlepas persembahan yang ini..yang itu..ramai je tak solat dalam ni.Chill ah”Okay.Hayun lightstick lagi laju.Sama je aku dengan lelaki Cina tu rupanya.Yang ada beza aku ada binti dia tak ada je.

Itu cerita dalam stadium.Di luar?
Saya tahu ada yang menipu,tak bagitahu ibu bapa yang mereka ke konsert.

Kalau mati masa tu macam mana?
Think.
Minta bias bacakan talkin ya

Fanmeet.Huyoh!Untung ah dapat high five dengan bias.Bukan senang kot.Lembut tapak tangan dia!

Peluk?Huyohhhh.Dapat peluk bias.Ah katang gila kot dia.Bidang nya dada.Wanginya perfume

Ehem.Sejak bila biasanda datang dari ibu yang sama dengan anda?Nak samak acana tu?Nak mandi air tanah ke?

Cuti.Pukul berapa anda tidur?Kadang-kadang sampai ke pagi ‘Spazz’ dengan rakan anda.Berborak sakan.Semua nak update kan.Nak lagi masa dekat asrama,kolej tak ada internet.Bila balik ni lah masa nak update.Nak jumpa Unnie,Oppa,Dongsaeng tercinta kannn.Bila nak tahajjud?Belum cerita lagi pasal Subuh yang terlajak.Sekali lagi,bukan semua macam ni okay.Kalau bukan anda,buat apa nak sentap kan?

“Alaaaa..Orang yang tak minat Kpop pun tak buat jugak Tahajuud belaka tu..Solat pun tak jugak.Aku minat Kpop pun aku solat apa..Pandai je kau fitnah”

Ehem.Penat dah banyak kali ulang.Saya tujukan kerana saya pernah bersama anda bukan mereka yang mengumpul setem atau kaki clubbing.Mohon ambil perhatian.

Smut?Ehem.Siapa pernah baca atau menulis?Sila angkat tangan?Berapa kali anda menjengah laman web asianfanfic itu?Ce bukak History tuuuu.

Anda mengutuk mereka yang membuka laman web porno tapi sila sedar apa yang anda lakukan.Berapa ramai disini yang pernah membaca ‘smut’?

Bila orang kata Kpop perosak bangsa dan agama kita melenting.Mohon jangan ego.Tak perlu saya jelaskan bagaimana ‘smut’ itu.Anda cukup bijak untuk faham sendiri bagaimana penulisan genre itu,baru nak baligh dah terdedah dengan bacaan yang merosak minda.

“Eleh.Aku baca ‘smut’ pun exam aku Straight A kot.Bukan minat Kpop pun baca porno.Kau ni tak habis-habis nak kenakan aku pahal gila?”

Ohhh tahniah.Keputusan exam memang bawak ke akhirat pun.Staright A tapi aku dah cakap banyak kali sebab aku minat Kpop dulu lah aku bukak cerita pasal Kpop.Cerdik betul.Kalau aku minat Bunkface aku bukak ah cerita pasal Bunkface tu.
Saya bukan Tuhan untuk menghukum tetapi bayangkan membaca atau melihat bacaan seperti itu sesungguhnya amalan tak diterima selama 40 hari.

“Aku baca sikit je lah.”

Eh eh tak akan baca satu chapter je kan?

“Alah.Ini One Shot lah.Satu je la aku baca”

One shot pendek lah.Okay,halakan mouse ke cerita lain.Wah.Dua puluh satu chapter.Okay..Mari follow fic ini,bila author update..bole baca lagi.Ngeee.

Anda teruja terbayangkan bias anda dalam cerita tu..syaitan gembira menari disebelah.

“Pehal kau do?Baca novel boleh pulak?Fanfic tak boleh ah”
Dah.Malas aku nak terang kenapa.

“Minat Kpop boleh improve English lah.”
Oh.Aku tak minat dah Kpop dapat Band 4 MUET.

La..Mungkin minat balik dapat Band 6 agaknya.Alah rugi lah -,-
TAK.Banyak lagi cara nak improve English tu.

Minat Kpop boleh jumpa ramai kawan International.
Yeap.Aku mengaku benda yang satu tu.

Hilang minat?Hilanglah kawan.Bukan kawan namanya tu.
Siapa sini ship bias dia yang sama jantina?Oh oh.Gay katanya.Eh eh silap pulak.Bromance..Gay pun boleh lah.Ada je yang mengaku kan?Yaoi,Yuri.Named it!

Anda nakhoda kepada kapal yang anda bawa.Kapal sejantina.
Tak ubah seperti zaman Jahilliyah tu.Walaupun mereka tu bukan Islam tetapi tak perlu nak memadankan mereka yang sejantina.
“Wei aku minat Kpop aku tak couple do.Rosak pebendanya.Aku duduk rumah je..”
Alahai.Bagusnya anak mak ayah.
Ye lah kan.Ajak keluar rumah pun tak nak mana nak ada pakwe makwe.

“Wei sorry sikit.Aku tunggu orang Korea ni.Oh cair”
Kau couple je lah.Sama je maksiat.Mata,hati,jiwa.Kalau dah menghadap tak ingat waktu serupa je dengan barcouple tu.
“Kejap ah.Download tak siap lagi ni..Makkkkk,jangan tutup Wifi!”
Mak dah tutup.Alahai penat tunggu!Dah la Stimiks,Piwan ni lembab gila mak tutup wifi pulak.
Aloh,dah bermasam muka dengan mak sendiri.
“Sorry lah.Mak belanja Chattime kay” Kata Mak yang dah rasa bersalah.

“Okayyyy mak.Bias kiteww suka bubble tea lah!”
Kihkih.Nampak sangat dah terlebih brainwash.
Saya mohon.Kawal diri anda sebelum jauh tersasar.
Saya faham,mereka bekerja keras.Takkan nak tinggalkan mereka macam tu je.Kesian lah mereka.Dah penat practice bertahun,berbelas tahun nak bagi yang terbaik buat kita.Nak kejar cita-cita dia.Setakat post gila kau ni nak ubah minat orang ke?Kirim salam lah.
Saya tahu.Saya faham.
Tapi cita-cita nak ke Syurga kau tak nak fikir?
Biarlah kawan bukan Islam kita yang menyokong beriya.
Saya tak maksudkan tak minat Kpop boleh masuk Syurga,tapi sekurangnya kurang satu obsesi dalam diri selain obsesi kepada Pencipta.

“Dah kau obses kat ulama boleh pulak?”
Ulama pewaris nabi dek non.Jangan nak banding dengan bintang anda.

Ada kajian kata peminat Kpop ni bila bercinta setia..

Bagusnya!Setia.Ingat senang nak cari yang setia?

Bagusnya kalau boleh pratik dalam cara Islam ni kan?
Tapi tapi tapi..
Kalau cinta anda melebihi cinta kepada yang Hak,murahnya cinta anda.Fikir lah cinta kepada mereka atau Dia?
Tahap kesetiaan anda tak mungkin ditanya dikubur kelak.Tak akan malaikat bertanya berapa lama anda meminati kumpulan ini dan itu..

Kalau malaikat bertanya apa yang anda buat dalam hidup anda?
“Saya stan kumpulan ni..Lama oh.Setiaaaa.Dari kecik sampai besar”

“Berapa banyak ayat Quran awak hafal?” Malaikat tanya lagi.
“Tak ada Qurannya.Saya hafal lagu je..Bukak Quran pun masa hafazan dekat sekolah.Oh bulan puasa ada lah sikit.Lepas berbuka saya online Twitter,kot bias saya update twitter masa tu”
Haaa.Berani?

“Sepertiga malam awak buat apa?”
“Buffer show.Running Man..tengok Weekly Idol.Tengah pagi internet laju lah”

“Dah tu Tahajjudnya bila?” Malaikat tanya lagi.
“Tahajjud saya buat siang hari..dalam mimpi..ye lah.Malam saya tak tidur.Nak tahajjud acana?”
Ek eh.Kau pulak tanya malaikat balik.
Boleh ke jawab dan tanya macam tu?Ada berani?
Wei sakit kot kena libas.Ingat libas dengan malaikat tu macam kena libas dengan rotan pengetua ke?
Ubahlah.Kita boleh.

Perit.Saya tahu.Nak tinggalkan benda apa yang kita suka.
Bila ditegur melenting.Asyik Kpoppers je yang kena.Tapi semua ada sebab lah..Jangan ego,jangan sombong.Setiap apa yang orang kata tu ambil jadi nasihat.
“Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: "Jadilah kamu kera yang hina”
Al A’Raaf : 166

Nak ke jadi kera?

Kadang-kadang kita kena tinggalkan apa yang kita sayang.Kpop is not your life.Islam is the way of life.Saya faham.Ada diantara kita yang dah jadi darah daging,sama seperti saya.Lima tahun.Cukup lama.
That bitter feeling bila saya kena buang beribu gambar dan lagu ke dalam Trash.
Saya bukan ustazah mahupun penceramah.
Bukan senang nak jadi konservatif daripada fikiran yang terlalu memuja.

“Eh kau ni buat hal sendiri dah lah.Dah tak minat Kpop tu senyap ahh,pergi layan Opick sana.Menyemak sini buat apa..”
Maaf.Fahaman kita sekarang mungkin dah berbeza.Fitrah Islam masih sama.Anda,saya,semua masih dicipta dari Allah yang sama.
Hal anda,hal saya juga.Rosak agama anda,rosak agama saya juga.
Panas Malaysia kerana dosa,yang merasa panas pun saya juga.
Kalau tak puas hati,edit post ini dan tuju kepada orang lain juga.
Malas dah nak ulang sejuta kali kenapa saya cakap pasal Kpop bukannya peminat Aiskrim Pop mahupun Paddlepop mahupun peminat Fourteen mahupun Max 24:7 mahupun Paramore.
Saya yakin,kebanyakan umat Islam mengalami masalah ini sebenarnya.Tidak perlu menspesifik kearah sekumpulan peminat pun.

Semua sama.Asalkan namanya manusia
Dunia.Siapa je yang sempurna hal agama?
Saya tahu.Saya pun tak sempurna untuk menegur.Sekadar nak berkongsi,saya pun tak Istiqamah tapi sekurangnya saya sebagai umat Islam,tanggungjawab saya untuk menegur kepincangan ummah sekarang ni.Leka.

Tanya diri kenapa kita gilakan mereka?
Kerana rupa?Nah,jelas sekali kita tidak menjaga mata.
Kerana irama dan tariannya?Nah,jelas sekali kita terdedah dengan kealpaan yang nyata.
Kerana perangai mereka yang gila-gila dan mampu menghiburkan anda? Ya.Anda di zon bahaya.Terlalu bahagia didunia bimbang menangis disana pula.
Dah tu nak dengar nasyid je ke?Bosan lah.
Check hati anda.Kenapa bosan dengan benda yang mengingatkan kita kepada Tuhan?
Dah tu?Tak boleh dengar langsung la ni?
Bukan tak boleh langsung.Boleh..tetapi kawal.Semua benda perlu dikawal dan bukannya mengawal.
Tidak perlu drastik,tapi sekurangnya mencuba.
A'RAAF 166
Hesy,buang masa betul baca benda ni.
Maaf saya membuang masa anda.Saya hanya mendoakan yang terbaik buat anda dan diri saya sendiri..

"There comes a time when you have to let go of those who are pulling you away from Allah." - AbdulBary Yahya
Berapa titik air mata jatuh kerana Allah?Berapa kali runsing memikirkan dosa?
Berapa titik air mata jatuh kerana bias datang Malaysia?Tak dapat pergi pula..
Berapa kali runsing memikirkan macam mana nak pujuk mummy daddy bagi kebenaran nak beli album artis Korea mahupun official stuffs mereka?

“Cakap je lebat minah ni”
Maaf.Sekurangnya saya mencuba.
Anda yang sudah mula menapak untuk keluar itu,teruskan.
Moga tidak dibutakan dengan dunia.
Biar sentap disini daripada sentap ketika menghadap Allah
Peringatan untuk saya juga.Maaf kalau tak suka duhai anda yang gah memegang takhta Kpoppers..

Dan juga untuk semua yang telah berjanji untuk mempertuhankan Dia ketika roh ditiupkan.

Post ini tidak adil kerana hanya menunding jari kepada Kpoppers?Sila baca sekali lagi.Mari tunding jari kearah orang lain pula sehingga puas hati.

Saya pernah menjadi Kpoppers..dan peminat tegar muzik J-Rock yang mebingitkan telinga tetapi saya bukan hater hingga kini.

"And the life of this world is nothing but play and amusement."
Al-An’am : 32
Tahniah kerana membaca sehingga akhirnya.
Wallahualam.

------------------------------------------------------------------------------
Bekas pencinta tegar Kpop.
Sekarang dan selamanya pencinta Pencipta.
In shaa Allah.

TAHNIAH!:Kelantan juara Piala FA 2013
23:56 - 2 comments


KELANTAN JUARA PIALA FA 2013

Kelantan meneruskan rentak juara dengan merangkul Piala FA untuk tahun kedua berturut-turut. Perlawanan akhir yang berlangsung tadi diantara Kelantan FA dan Johor Darul Takzim FC telah berakhir dengan jaringan tunggal perlawanan dari Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit ke-15 telah menobatkan Kelantan juara untuk tahun kedua berturut-turut. 

Kepincangan skuad lawan terserlah apabila Mohd Safee Sali digantikan sejurus selepas gol itu dan walaupun pasukan JDT menggandakan asakan dan serangan bertali arus, namun benteng pertahanan Kelantan telah mengekalkan disiplin dan bertahan sehingga ke wisel penamat.

Kapten pasukan The Red Warriors, Mohd Badri Mohd Radzi ataupun lebih dikenali sebagai Piya telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir itu. Dan seterusnya meneruskan penguasaan gemilang pasukan Kelantan FA dalam kempen Piala FA 2013.

TAHNIAH! KELANTAN

Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat
20:18 - 7 comments

Gambar baby comel tidur nyenyak
ASSALAMUALAIKUM

Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm – 11pm):
Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am):
Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am – 3am):
Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am – 5am):
Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal pagi (5am – 7am):
Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am – 9am):
Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Berhenti Hina Orang!
17:17 - 8 comments


ASSALAMULAIKUM

Update blog sambil dengar lagu HAFIZ kat radio,memang macam nak cucuk-cucuk je mata ngan pisau,air mata ni,memang dah tak boleh tahan,nak,tak nak,kena jatuhkan jugak tssk T_T.sigh.Tadi sekolah,rasa dah tak tahan sangat-sangat dah,nak je TUMBUK pompuan tu -.- .Please,don't BASE meh!!

Ini bukan sekali dua,tapi dah banyak kali,aku bersabar dengan kau!nak tak tahan sangat,keluar jugak sepatah dua kata hinaan aku kat kau!. menyakai je T_T.So,sekarang ni,please,dont blame me,sebab kau yang mula dulu,so,jangan nak mengada,nak bukak mulut sana sini,cakap yang bukan-bukan kat semua orang.aku dah mula benci kau,ikutkan hati ni,dah lama nak tumbuk-tumbuk je muka kau.Nasib baik kau pompuan je,hati ni,memang tersangat panass,ada kau tahu? SELFISH!.

Makin menjadi-jadi perangai busuk hati,umpat keji,seakan sebati.Entah,tak faham la aku dengan orang yang rasa dirinya adalah BEST IN THE WORLD.Orang lain busuk,kau sorang yang wangi,Orang lain hina,kau sorang je agung.Orang lain tak best,kau sorang je yang best..kalau boleh,nak jadi BESTEST(best among the best).

Manusia ni,sebenarnya boleh berubah,daripada baik ke jahat,daripada jahat ke baik.Benda ni lumrah,benda normal yang memang selalu berlaku dalam kehidupan kita.Tapi,ye la,ada jugak orang yang memang dah sebati jiwa jahat tu,memang tak berubah-rubah.Tapi,bila ada manusia yang nak berubah,kenapa perlu hina? Hah! jawab :'(

"Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat".
(Riwayat Bukhari dan Ahmad)

Jangan MENGHINA orang seolah-olah dia tu tak ada perasaan.Ingat, dia pun manusia juga.jangan pandang orang dengah sebelah mata,sebab kita semua ni,sama sahja,manusia yang kerdil.Astaughfirullah :'(.

ASSALAMUALAIKUM

SINOPSIS:Samarinda TV3 Ramadhan Yang Hilang
17:17 - 1 comments

ASSALAMUALAIKUM

Semalam,Slot Samarinda TV3 iaitu,RAMADAN YANG HILANG,telah ditayangkan.Wallaweyh,best giler citer tu,nah,berikut merupakan SINOPSIS cerita tu :

Sinopsis Ramadan Yang Hilang:

Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.


P/s: Malam ni! jangan lupa tengok ! hee,Assalamualaikum.


Mercun Dah Bunyi
23:11 - 15 comments


ASSALAMUALAIKUM

Kalau dikira,lebih kurang dua minggu je lagi,kita nak puasa.Kalau di tengok pada kalendar,TARIKH RAMADHAN,jatuh pada 10 OGOS 2013,waahh,tak sabar nak puasa kan? pejam celik,pejam celik dah nak puasa..Tak puasa pun lagi,dah bunyi mercun sana sini,kalau dah semangat nak puasa,kan? eh? -.-

Time dah nak puasa ni, marilah kita sama2 bersiap siaga untuk bulan yang penuh kerahmatan. Kita rancang sebaik mungkin untuk puasa ni. aku pun dah banyak buat perancangan time puasa ni. Mudahan-mudahan kita change for good and become a better person lepas puasa ni. InsyaAllah perancangannya nak khatamkan Al-Quran untuk bulan Ramadhan tahun ni. Lepas tu ada jugak perancangan nak turunkan berat badan sbb dah chubby. =.= haha. Puasa tahun ni rasanya lebih best sbb dah 1 tahun tak puasa full kat rumah.sebab? ASRAMA :'( So tahun ni dah berpeluang Alhamdulillah.hehe..



tengah rindukan budak ni sekarang :'<

ASSALAMUALAIKUM




Don't Give Up
00:36 - 5 comments


ASSALAMUALAIKUM

Never give up,never look down,and never look back.Always move forward in life.Don't let anyone make you feel as if you don't belong or unworthy of...Ever those that do are just not strong enough to handle such greatness.Be proud of who you are.Always walk with your head high.You will never alone :')

NEVER GIVE UP! KEEP MOVING FORWARD

MATH FORM 2: Pythagoras theorem
18:50 - 9 comments

Hari ni,mood ke laut,mata membuta,telinga mempekak.in the right ear, left ear off LOL.Sekolah tadi,gila over EXCITED  nak belajar NEW CHAPTER,tapi sebalinya,entah pape,teacher macam SPOIL MOOD je hari ni,tapi masih sempat belajar CHAPTER 6: PHYTAGORAS THEOREM.memang tak paham apa yang cikgu ajar tadi,angguk-angguk,buat paham je,kalau cikgu tanya. -..-.Tak berani nak tanya cikgu tadi,garang semacam je hari ni :'(. ASSALAMUALAIKUM.

MORAL:  Jangan jadi macam aku.Sekian.



Mood Berblogging Hilang Kejap
13:16 - 16 comments


ASSALAMUALAIKUM

Its been 15 days,and its equals to, 2 WEEKS ,I haven't write a new entry.Mood Berblogging tu,tetiba hilang,pelik-pelik.Time badan dah tak boleh bergerak baru nak update,tambah-tambah,sakit kepala yang dari semalam lagi.Sakit kepala tu bertambah lagi bila kena perah idea nak update,seriously.

Kalau aku tanya,ada orang RINDU aku tak? mesti takde orang nak jawab :p bunyi cengkerik je lebih *SIGH.Owh,ya dah setahun aku bergiat dalam dunia blog,banyak ilmu,kenangan pahit,masam,manis,pelat yang aku dapat and all of it, will remain in my memory.Since berblogging,SHORTFORM semua ni,memang jarang sekali aku guna.bagus tak? lol.

Kat SEKOLAH, jadual semua memang compact habis-habisan.fortune,kepala ni,tak pecah.Dear teacher,di manakah belas kasihanmu :'( 1 tahun lebih bergelar mangsa PBS,mungkin aku dah biasa dengannya and I heard that PMR tahun depan dah takde,*SIGH  kuasa sepuluh! tak puas hati,I think PBS lagi mencabar dari PMR,nak capai target BAND  dia semua tu,memang agak susah.So,kena belajar betul-betul.

Update blog,sambil dengar lagu JUDIKA kat TV best jugak,hihi..Actually,hari ni,memang takde mood langsung,sebab demam + sakit kepala.Inilah jadinya,bila main hujan.Kalau boleh tidur sekarang,dah lama.kepala ni,mendarat atas bantal :D. tapi,disebabkan,hari ni,mood berblogging tu,datang,aku tinggalkan sekejap,hobi tidur aku tu,haha..So,thats All! malas nak rangka panjang-panjang,dah macam karangan abang-abang,kakak-kakak SPM pun haderr,haha.Okay,Bye!

NAJWA LATIF- I  You


1st Skin: The Cutie Submited!
23:14 - 2 comments



More Info: Blogskin

Blog Feed Setting
13:00 - 9 comments




Testing post entri ini sambil melihat blog feed berubah ataupun tidak di bahagian blog list.

Masih dalam percubaan.

Doakan Adam berjaya ya...