Jambatan Nabi Musa di Belanda
18:15 - 5 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum


Pastinya anda masih ingat kisah Nabi Musa yang dianugerahkan wahyu oleh Allah SWT untuk membelah Laut Merah sekaligus menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya.
Menjadikan kejadian itu sebagai ilham serta pedoman kepada seluruh umat manusia, sebuah jambatan yang diberi nama ‘Jambatan Nabi Musa’ telah dibina di Belanda.
Pada masa yang sama, jambatan itu menjadi laluan pejalan kaki di Fort de Roovere yang direka oleh RO&AD Architects.

Jambatan itu dibina sedemikian kerana ingin memelihara pemandangan serta tidak mengubah landskap parit pertahanan yang dibina di kota tersebut. Kayu Akoya diguna sebagai bahan utama binaan tersebut kerana ia mampu bertahan lama apabila direndam di dalam air jika dibandingkan dengan kayu jenis lain. Kebanyakan mereka yang menggunakan jambatan itu adalah pengunjung ke kubu lama berkenaan.






sumber: Jari gempak






Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!

Gadis kejam bunuh anak itik dengan jari kakinya
16:35 - 3 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum




p/s: Apalah salah binatang tu sampai diseksa dengan kejam!


Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!

Cool Blog
18:33 - 11 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum

        Im back.Its already 28th March! owh,Great! hate it so much damn..minggu depan dah sekolah tssk ("/) .Maybe,blog ni akan terabai.urghh.Homework? err -,- folio,pbs? akan aku cuba siapkan dalam masa 3 hari OMG!! kata orang tua-tua dulu "nasi dah jadi bubur" kata Mat salleh"Don't cry over a spilt milk" memang nasib,cuti seminggu panjang,habiskan masa dengan laptop jerk,mata pun lebam eurghh.hari-hari dapat halwa telinga free dengan umi.P/s: jangan jadi macam aku.

         Stress? memang tipulah kalau aku cakap tak stress.Homework belambak kat tepi.pbs satu hal.semalam,aku ada keluar ngan kak aku disebabkan anak tekak mengada nak minum "cool blog" ada yang dah cuba?Actually,cool blog adalah salah satu minuman favourite aku,aku start minum benda ni masa darjah 6 if not mistake lah,lagi-lagi topping pearl dia yang macam bubblegum gitu.. eh?.


        Kalau aku,setiap kali nak beli benda tu,aku akan order taste like: blue coral,honeydew,oreo vanila and chocolate je.Tapi yang paling aku suka ? yang oreo vanilla blog punya.Memang dari dulu act.selalu order perisa tu.aku sendirik pun tak tahu kenapa,mungkin anak tekak ni dah biasa kot.tapi,buat masa nie,aku usuallly order perisa tu jer,anak tekak ni tak dapat nak menelan perisa-perisa lain selain perisa tu.mengada betul kan kan? -,-.


  sempat lagi kitorang beli benda ni .Ayam uncle bob.RM6.00.harga agak mencekik di situ.

Assalamualaikum :)




        
         
Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!

"Saya Terkedu" - Awal Ashaari Dikhabarkan Mati
17:25 - 1 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum


"SAYA TERKEDU"
Itulah jawapan yang diberikan pengacara dan pelakon terkenal, Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita "kematiannya" yang tersebar menerusi laman sosial pagi ini. 

Menurut Awal, penyebaran berita palsu itu diketahuinya melalui seorang wartawan. 
"Isteri saya, Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya) menerima panggilan telefon daripada wartawan itu yang bertanyakan keadaan saya.

"Memandangkan saya dan Scha berada dirumah ketika itu, dia langsung memberikan telefon itu kepada saya, selepas diberitahu baru saya sedar mengenai berita palsu itu di Twitter," katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Awal yang kesal dengan tindakan pemegang akaun Twitter itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan undang-undang keatas individu terbabit. 
"Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya," ujarnya.
Menurut awal berita palsu yang disiarkan di Twitter itu mengatakan dia yang juga merupakan pengacara rancangan hiburan Melodi meninggal akibat kemalangan jalan raya. 

Ditanya sama ada dia mengenali penyebar fitnah itu, menurut Awal secara jujurnya dia percaya pemegang akaun Twitter tersebut mungkin tidak menyukainya. 
"Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama," katanya tegas. - UTUSAN








Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!

Wira negara berkongsi pengalaman saat cemas sewaktu bertempur dengan pengganas: ditembak dan ditetak
11:32 - 1 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum


"Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar. "
 
PUTRAJAYA - Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan hari ini, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.

"Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.

"Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri," katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira 'Operasi Daulat' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.

Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

"Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

"Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran," katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.

"Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan," katanya.

Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.

Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.

"Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.

"Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh," katanya.

Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan. Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.

Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.

Mohamad Hasnal hadir bersama balu dan waris yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada majlis itu.

Dua anggota polis terkorban di Lahad Datu pada 1 Mac dan enam di Semporna Sabah pada 2 Mac.

Beberapa orang lagi cedera dan seorang anggota tentera turut gugur dalam satu lagi pertempuran di Lahad Datu. Seorang anggota tentera terbunuh dalam kemalangan mengikuti konvoi Operasi Daulat itu. Suasana pilu turut dirasakan pada majlis itu, apabila syair bertajuk "Ayahku Seorang Perwira" hasil nukilan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNKK Datuk Ruhaidini Abd Kadir, dilagukan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin. 


source: -






Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!

Kumpulan Samseng Paling Bahaya Di Dunia
11:16 - 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum
Aryan Brotherhood (America)


Mexican Zoot Ladies



Mara Salvatrucha 13 (Los Angeles)



Yakuza Family (Japan)



Chinese Triads (China)



La Eme (Mexico)



The Crips (African American)



The Mungiki (Kenyan)



La Nuestra (Mexican American)



Bosozoku Bikerz Gang (Japan)

Source: $ini



Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!

Logo Baru Twitter
16:12 - 1 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum
Pendapat Korang?

             Selepas dikatakan popularitinya menurun, Twitter kini tampil dengan logo barunya.dikatakan lebih ringkas, "Twitterbird" akan dikenali sebagai simbol twitter yang baru.Setelah lebih enam tahun menapak, diharapkan twitter akan lebih mendapat sambutan..

'Jom Follow MenFollow'



Sumber

Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!

Melatah dan Mencarut
21:50 - 5 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum


Abaikan tajuk entry kat atas -,-"

               Actually,aku sendiri pun pelik -,-' tergerak jari malam ni nak update entry? mungkin perasaan nak update ni datang bila aku tengok blogger-blogger otai duk update blog diorang,and bila baca entry dia rasa macam double wow! nice entry ah! memang respect ah!! bila aku nak jadi macam diorang kan?   

               oh ye!! result SPM korang dah keluar kan kan? yang result diorang past dengan flying colors.keep it up! and congrats! yang tak berjaya? keep it up,mungkin tak de rezeki, mungkin? Don't wory ah!  aku pelajar,faham perasaan bila gagal sebab aku sendiri pun pernah alami,kita semua pernah alami! betul dok?hhaha mencarut pulak aku malam ni..

              Oh guys! happy holiday,yeah yeah! kehkeh..tak sangka dapat cuti lagi kan kan? petang tadi balik sekolah,buat amal sikit ,hehe belanja orang makan benda ni :-

image credit to->google
           Mood aku baik kot masa tu,mungkin sebab esoknya dh start cuti kot hehe.and and oh ye ,kalau pergi McD tak lengkap rasanya kalau tak order burger kehkeh.Aku order yang NEW arrivel punya! yeah ;)

Yang ni ha!! ambik kau ;P
           Ada yang dh cuba? :0 taste dia ? okla not bad ;) i think ah? taste burger ni same je ngan burger samurai yang orang-orang duk potpetpotpet sana  sini yang famous and sedap? tu.ada yang kenai dak? endahkan.ni burger samurai ;)

wah :0 jom ternganga kehkeh -,-'
     dah macam staff McD je kan kan? dop promote burger haha loud of laugh 
*krikkrikkrik*Dah panjang aku mencarut malam nie.ye dak? pedulikan  karya penulisan aku  malam nie sebab aku sendiri pun tak tahu nak update pasai apa? -;- Assalamualaikum :D


Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!

Tapak Iklan Percuma! 5 BLOGGER TERPANTAS SAHAJA
14:40 - 13 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum


TUTUP!!!
 
Attention! This is just a simple quick update*
Ok,malas nak taip panjang-panjang,ada yang nak beriklan dalam blog aku secara percuma tak? kalau ada,cepat-cepat Inform aku!!! terbuka kepada 5 Blogger terpantas sahja!!!!!!!!!!!! so,apa lagi jom rebut peluang yang aku bagi! Yang paling penting PERCUMA doh -,-' over excited!
syarat-syarat:
  • Follow Blog aku,tak paksa.
  • like fanpage aku
  • comment entry kat bawah ni dengan ayat ni--> saya nak beriklan di blog awak secara percuma!
  • bagi link blog dan URL image banner atau iklan.[p/s: 125x125]
  • siap!

                                          Assalamualaikum^^
Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!

Review Blogger Isabel Diaz
12:35 - 2 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum

Bulan lepas,if tak silap,aku ada sponsor satu segmen.Yang pasti,segmen tu dianjur oleh Blogger Aimi Wardina.Ada yang join tak? hehe so,for this entry ,aku just nak review blogger yang bertuah menang review daripada aku huhu :D.Siapa yang bertuah Tu? ? Jom Usha!



Blog Yang Dimiliki oleh siti hawa binti achen dan juga dikenali sebagai isabel diaz.Selain Blogger,dia juga merupakan guru pelatih PISMP pendidikan sejarah sekolah rendah, .
Header blog yang comel, sesuai dengan doodle tu,tak serabut and tak banyak sangat bermain dengan warna :D.Font header tu pon ok tiada masalah hehe.

Loading Blog pon tak de masalah cepat je.

Bahagian sidebar Blog ni pun tak serabut sangat dengan widget-widget yang tak patut,semuanya kemas dan rapi,ringan mata memandang, hehe..

Akhir kata,kalau ada silap atau terkasar bahasa tolong maafkan ok hehe,actually blog aku pon tak ok,gatal nak komen /review blog orang lain kan? hehe. By the Way Tahniah! kepada Blogger Isabel ..

Markah keseluruhan:

4.0/5.0




Assalamualaikum :)



Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!

Jom Berubah
19:59 - 9 comments

بسم الله الرحمن الرحيم|Asssalamualaikum



          Owh,hi there! Its me! Malam ni  aku tak nak cakap panjang.Its already 1 week i do not update blog kan kan? Trafik blog ni pun turut sama terjejas sebab aku :'( sorry...Tergerak di hati malam ni nak update hehe tu pun sebab nak cerita pasal  Birthday aku semalam haha :) Yeah! Yesterday is My Birthday!  yes! semalam! tapi baru hari ni nak update -,- *hello,im student* Alhamdulillah,ramai yang ingat,include awak yang tengah baca kan? semalam,lepas balik sekolah je ,my mum ajak aku pergi makan..Kat mana? ta perlu tahu haha xD

Ini spagheti carbonara namanya.Jemput makan :)

Actually,rambang mata ni bila nak order hehe..tak tahu nak makan yang mana ..so, menu yang berjaya menambat hati,? oh yeah! Gambar makanan yang kat atas tu hehe..


yeah,This is Pizza Hut ;) kat sana ,tak sah kalau tak order pizza,:) My mum order yang chicken supreme punya ..;)


Yang ni pulak cheese meatball! Perghhhhhh..memang pembuka selera ! jemput-jemput makan ;)


and menu last,Ice cream cake yeah! malas cakap panjang see you in other story k bye ;)

salam














Entry Kat Bawah ni Lagi menarik!